Sunday, February 7, 2010

MENGURUSKAN BADAN

INGIN menurunkan berat badan?
Ramai individu yang ingin menurunkan berat badan. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak... Mesti yang tak berjaya akan merasa tertekan atau ada juga yang menjadi tertekan... Jangan mudah mengalah..... Mungkin apa yang saya akan berikan ini boleh memberi lebih semangat atau pun membuatkan anda semua lebih berkeyakinan untuk menurunkan berat badan...

Sememangnya sukar untuk menurunkan berat badan, Begitu juga sesiapa yang ingin meningkatkan berat badan. Namun setiap satu perkara pasti ada caranya kan...

Untuk menurunkan berat badan, terlebih dahulu perlu mempunyai matlamat.. Sediakan satu buku, Buat tarikh, berat badan sekarang serta ketinggian. Pastikan kiraan BMI anda.kemudian cari target berat badan ideal yang ingin anda miliki... Ini menguatkan lagi azam anda. Azam seseorang amat penting untuk menurunkan berat badan. Untuk membuatkan seseorang itu patuh kepada sesuatu benda adalah bergantung kepada azam dan tekad seseorang. setelah anda mempunyai target, berat idaman anda. Kini anda kena pula membuat kalkulation untuk menurunkan berat badan anda. Anda sebaik2 nya menurunkan berat badan sebanyak 10% dalam 3 bulan... Elakkan dar menurunkan berat badan anda secara mendadak....

Untuk menurunkan berat badan, Anda memerlukan menjaga pengambilan makanan seharian anda. Anda perlu mengambil kira jenis pemakanan anda.... waktu pengambilan makanan. Elakkan dari tidak mengambil sarapan pagi, elakkan dari makan waktu malam. elakkan makan didepan televisyen, atau menonton sesuatu benda,elakkan tidur selepas makan. tidur sebaiknya selepas 2 jam makan... Ini merupakan perkara yang anda kena elak.

sarapan pagi:
1.sarapan pagi amat perlu. Ini untuk mengelakkan anda mengambil makanan yang terlalu banyak sewaktu makan tengah hari kerana perut terlalu lapar. Ambil sarapan pagi seperti 2 keping roti bersama air teh, atau 2 keping biskut bersama teh atau pun oats...Elakkan makan makanan yang tinggi kalori waktu pagi seperti nasi lemak...

2. Makan tengahari:
Makan tengahari juga penting... Penting sekali kita jaga.. Jangan makan terlalu banyak. Nasi hanya satu hidangan, iaitu 3/4 cawan. Anda boleh mengambil lauk seperti ikan atau ayam atau telur... Ambil sekali sayur dan buah-buahan... elakkan bertambah nasi atau lauk...

3.minum petang.
Untuk mengelakkan makan malam yang banyak, anda perlu juga makan petang. Minum petang sangat penting. Cara pemakanan sama juga seperti sarapan pagi... Tapi elakkan benda berminyak dan berlemak...

4. makan malam.
Elakkan makan malam terlalu lewat. Pastikan anda tidak tidur selepas saja makan malam. Anda di galakkan tidur selepas 2 jam lepas makan. Kerana jika anda tidur selepas makan, Karbohidrat dan lemak tidak bertukar kepada tenaga, namun akan berkumpul didalam badan...... Ini yang membuatkan anda akan lebih gemuk.

Diatas merupakan jenis hidangan makanan. Anda juga boleh melihat piramid makanan pada posting saya sebelum ini.

Senaman perlu juga untuk anda menurunkan berat badan. Tidak haya cukup jika sekadar menjaga pemakanan. Untuk Mengekalkan jantung anda secara sihat, anda perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya lebih 20 minit 3 kali seminggu, Tapi untuk menurunkan berat badan, anda perlu melakukan senaman setiap hari lebih dari 20 minit... Senaman merupakan benda terbaik. Senaman seperti berjogging, berlari, berenang, berbasikal. Untuk sesiapa yang tidak mempunyai masa pula,anda juga boleh melakukan aktiviti fizikal.


Aktiviti fizikal:
1. Aktiviti fizikal merupakan satu aktiviti badan namun tidak dikira senaman. Kerana kita tak tertumpu kepada otot semasa melakukan nya dan juga melakukan pergerakan otot tidak lebih 20 minit. seperti sewaktu melakukan mop lantai, menyapu, menajak, membasuh kereta, berjalan sewaktu kerja.. Tapi ianya juga boleh kita lakukan... Seperti berjalan sewaktu kerja, Bagi individu anda misalnya berkerja, anda boleh letak kereta anda jauh sedikit supaya anda boleh berjalan kaki. Anda boleh menaiki anak tangga. elakkan naik lift. Bagi sesiapa yang berjalan tetapi tidak berterusan selama 20 minit, anda digalakkan berjalan sebanyak 10000tapak sehari... Macamana nak kira? pakai digiwalk.... Hehehe... itu lain kali saya ceritakan k... Nak tengok chelsea lawan arsenal malam ni....

0 comments:

Post a Comment

VITAMIN WHEEL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin