Friday, October 16, 2009

AKTIVITI SENAMAN - GAYA HIDUP SIHAT

senaman merupakan satu aktiviti yang mudah dilakukan.Ia perlu dilakukan secara berterusan dan patut menjadi satu amalan harian tidak kira tua atau muda.Walaubagaimanapun sebelum bersenam, anda harus memikirkan beberapa aspek seperti menjalani pemeriksaan doktor jika anda

  • Berumur lebih 35 tahun dan tidak bersenam secara regular sebelum ini
  • Tidak pasti status kesihatan anda
  • Mempunyai sejarah perubatan seperti penyakit jantung, masalah paru paru dll
  • Obesiti atau lebih berat badan
KEBAIKAN SENAMAN:

  • Mengurangkan paras gula dan lemak dalm badan
  • Membaiki pengaliran darah dalam sistem saluran peredarandarah dalam tubuh
  • Mengawal berat badan
  • Menguatkan jantung
  • Mengurangkan tekanan jiwa
  • Membuat anda lebih cergas dan bertenaga
  • Membolehkan anda tidur dengan nyenyak


Senaman harus dijalankan dengan betul dan regular. Ia juga harus seimbang dengan jumlah makanan yang kita ambil. Senaman hendaklah dijalankan 3 ke 4 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit agar mendapat senaman yang berkesan. Senaman setiap hari juga adalah yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment

VITAMIN WHEEL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin